Mereka yang setia..

December 11, 2014

MENGEMBALIKAN PERANAN SEBENAR SEBUAH PERPUSTAKAAN

Permulaan bicara....

Sebagai pembaca, pastinya kita berkeinginan berada dalam satu ruang yang membekalkan semua bahan bacaan yang kita impikan. Kita mahu berada di dalamnya pada bila-bila masa dan meminjam seberapa banyak buku yang kita gemari. Suasananya memungkinkan kita membaca dalam keadaan tenang dengan kemudahan yang serba lengkap. ; (m/s 154)

Penutup bicara....

Kita seharusnya sudah mampu mempunyai perpustakaan yang baik yang pernah menjadi penyeri kegemilangan tamadun Islam suatu masa dahulu. Inilah amanah ilmu yang masih gagal kita laksanakan, maka kita perlu bertanggungjawab mendirikannya kembali. ; (m/s 158)

Tuan rumah berbicara....

*Tulisan Norziati Mohd Rosman, menghuraikan peranan perpustakaan melalui pembacaanya dalam buku yang berjudul "History of Islamic Origins of Western Education [A.D. 800-1350]: With an Introduction to Medieval Muslim Education". Merungkai peranan dan keberadaan perpustakaan ketika zaman kegemilangan dunia Islam. Antara perpustakaan yang diceritakan ; Baitul Hikmah di Baghdad, Perpustakaan Sawwar di Basra, Perpustakaan Haidari di Najaf, House of Science, Perpustakaan Diraja Sultan Nuh ibn Mansur.



Sumber bacaan penuh dan bicara tuan rumah:


Kapsul Nurani: 50 catatan inspirasi penulis-pembaca